Tiada Lagi Cinta ~ Mampukah Kita Redha ?
Disaat kita mula mencintai , kita fikir kita telah bersedia untuk dilukai , namun disaat perpisahan itu terjadi , kita tidak cukup kuat untuk menerimanya sepenuh hati , seringkali , kita menyesali , menanyakan si dia di mana kelemahan diri , kadang , kita tegar menunding jari , menuduh si dia mungkiri janji , semata - mata mahu memujuk hati sendiri

Bila apa yang kamu impikan ternyata hanyalah sekadar impian , tiada harapan yang mampu kamu jadikan kenyataan, kamu cuba mencari siapakah antara kamu dan dia punca kesilapan , kadang , senekad mana dia menyatakan kamu sudah tiada dalam hatinya , senekad itu juga lah kamu mahu menyambung semula apa yang sudah tiada.


Comments
Post a Comment