Bukan kamu tiada harga diri , bukan kamu tiada ego untuk dihormati tapi si dia itu pada kamu cukup bererti. Bukan juga tiada insan lain yang sudi menjaga hati , bukan tiada dia yang sanggup berkorban apa saja demi menjadi pemilik hati , tapi hati kamu itu telah kamu serahkan pada si dia yang tidak mahu menghargai.

Aku ; juga seperti kamu sebenarnya. Masih berharap , pada cinta yang telah pergi. Namun, akal waras ku ini sudah cukup jelas , cinta itu bukan cinta kalau hadirnya kerana belas. Lantaran itu , walaupun aku sering merasakan aku TIDAK MAMPU [kerana sebenarnya , aku TIDAK MAHU] melalui hari - hari tanpa dia , aku belajar membatasi diri dari terus - terus melara hati , malah , aku telah , sedang dan akan terus belajar menjaga hati ku sendiri kerana hati aku ini , cuma aku yang mengerti.




Suara dengarkanlah aku , apa khabarnya pujaan hatiku. . .aku , di sini menunggunya , masih BERHARAP di dalam hatinya ~








Comments

Popular Posts