ANDAI LELAKI JATUH CINTA~


(1)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan meletakkan kamu di singgahsana istimewa dalam hatinya, bukan kerna kamu terlalu sempurna, tapi kerna kamu adalah segalanya.
(2)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan sering mengutamakan dirimu, bukan kerna kamu popular atau glamor, tapi kerna kamu adalah yang terutama dalam hidupnya.
(3)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan menjaga matanya dari memandang wanita lain, bukan kerna wanita2 itu tidak menarik, tapi kerna baginya hati kamu terlalu halus untuk dicalari.
(4)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan menjaga dirimu sepenuh hatinya, bukan kerna kamu tidak bisa menjaga dirimu, tapi kerna baginya kamu terlalu berharga untuk dilukai.
(5)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan akan sering mendampingimu, bukan kerna mahu merimaskanmu, tapi kerna kamu terlalu istimewa untuk ditinggalkan.
(6)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan mengekang rasa marahnya padamu, bukan kerana dia takut kehilanganmu, tapi kerna dia tidak ingin mengasarimu.
(7)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan menitiskan air matanya saat berpisah dengan kamu, bukan kerna dia terlalu lemah, tapi kerna dia terkilan tidak bisa memiliki wanita sebaik kamu.
(8)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan sering merinduimu, bukan kerna kamu berjauhan darinya, tapi kerna kamu pemilik separuh hatinya.
(9)    Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan menyenangkan hati kamu, bukan kerna dia tidak mahu kamu kecewa, tapi kerna baginya air mata kamu terlalu berharga untuk dititiskan.
(10) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan mendoakan kamu yang terbaik, bukan kerna dia ingin  kamu menjadi miliknya, tapi kerna dia ingin kamu bersama orang yang terbaik walaupun orang itu bukan dirinya.
(11) Lelaki, apabila dia jatuh cinta, dia akan sentiasa merenung wajahmu, bukan kerna dia ingin mencari kecelaan pada wajah mulusmu, tapi kerna dia terlalu damai melihat cahaya damai di wajahmu.
(12) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan sentiasa peka dengan dirimu, bukan kerna dia mahu mengongkong hidupmu, tapi kerna dia ingin merasai setiap detik hidupnya hanya bersama kamu.
(13) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan mencemburui kamu bersama lelaki lain, bukan kerna dia takut kamu dirampas darinya, tapi kerna dia tidak mahu kamu menjauh darinya.
(14) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan bersedih akan musibah menimpa dirimu, bukan kerna dia mengasihani dirimu, tapi kerna dia tidak berada bersama kamu saat kamu memerlukannya.
(15) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan sentiasa ingin menemanimu, bukan kerna dia tidak mempercayaimu, tapi kerna dia ingin sentiasa menjadi penyelamatmu saat kamu berada dalam kesusahan.
(16) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan memperbaiki dirinya buat kamu, bukan kerna dia ingin menunjukkan kebaikannya kepada kamu, tapi kerna dia tidak mahu kamu merasa terbeban akan kekurangannya.
(17) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan mencuri masanya buat diri kamu, bukan kerna dia lalai dalam kewajipannya, tapi kerna dia tidak mahu kamu merasa sedikitpun diabaikan.
(18) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan meraguimu, bukan kerna dia tidak mempercayaimu, tapi kerna dia khuatir akan kebahagianmu bersama dirinya.
(19) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan mengenali rakan baikmu, bukan kerna dia mahu berpaling tadah darimu, tapi kerna dia ingin tahu apa kesukaanmu.
(20) Lelaki, pabila dia jatuh cinta, dia akan merelakan pemergianmu bersama yang lain, bukan kerna dia sudah tidak mencintaimu, tapi kerna baginya kebahagiaanmu itu lebih penting daripada hatinya yang sudah terluka.

Cinta umpama bintang di dada langit…ia menyinari gelapnya malam tanpa meragui betapa lama masa ia perlukan untuk sampai ke bumi…walaupun sakitnya dia pabila hilang tanpa disedari dan dihargai para penghuni bumi.
Cinta sejati adalah pabila kita sanggup merelakan dia pergi bersama yang lain, walau hakikatnya hanya kesakitan yang menjadi peneman. Perpisahan itu benar2 menyakitkan, tapi hakikatnya perpisahan tanpa persahabatan lebih menyakitkan.

Comments

Popular Posts